Friday, July 22, 2011

nothing to say

assalamualaikum...

nak tunjuk gambar je.. hehehe


pssssttt, atie seludup kawan atie.. hehehe.. shhhh..

Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

Monday, July 18, 2011

saya bernama NURUL IZZATI..

assalamualaikum..

hari ni punye cerita x de kena mengena ngn title kt atas tu pn.. huhu.. sebok la title tu.. atie blurrr... br lepas mandi ni.. skrg tgh relax2 depan laptop and merapu meraban dalam blog.. biasalah.. hobi kan.. ngeh ngeh... nak tau 1 rahsia x? atie x abis ganti puasa lagi.. huwaaa.. isk isk isk.. nk nangis lari2 sambil mkn ais krim pastu bg tumpah then peluk mama.. hahahha.. budak2 kn.. lantak laa..

atie tgh happy ni sebb dpt msj bnyk2 dgn BFF atie.. mcm2 la kitorg story.. bout prince charming dtg naik unicorn then amik atie.. siap bwk my BFF skali.. hehe, biasa la BFF kn x blh berpisah.. x kn laa nk tglkn BFF mcm tu je kan.. klu boleh kn nk kawinkn ank kitorg supaya kitorg x berpisah.. boleh x, boleh x? pastu nak dok 1 tmpt yg sama.. kire berjiran laa.. even dah bernak pinak pn kitorg stay bersama.. bestnye.. hope jd la mcm tu..

hah, korg dah shopping utk raya ke blom? atie blom lg.. waiting for SOGO punye hr members only.. hehehe.. nnt leh la pg serang sogo 1 family.. bwk mak cik, pak cik, ank buah, buah2 bagai.. hahaha.. x sabarnye.. okay abis dah..

kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 1

assalamualaikum...


kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

Tuesday, July 12, 2011

no title please

assalamualaikum...


maaf, maaf, maaf.. itu yg  mampu atie cakap sbb da lama x update.. busy with everything.. semua nak datang pada masa yg sama, waktu yang sama.. alhamdulillah atie masih ada kawan yang sentiasa buatkan atie gembira.. thanks a lot friends.. love you all..

x tau tiba2 atie nak story about MOM.. ibu yang selama 9 bulan memboyot sebab nak kandungkan kita dalam perut.. bayangkan seksanya ibu tu nak bergerak, kadang2 tu sampai kaki pun naik lenguh.. kalau atie x cakap pun korang boleh tgk sendiri keadaan ibu2 yang mengandung ni...

i love my mom very much.. mama atie cakap while mengandungkan atie, macam2 yg jadi kat mama ngan abah.. masa tu la dugaan nak datang bertimpa2.. * mb sbb tu kot hidup atie ni x pernah stop with all dugaan* then mama ada ckp yg mengidam pun makanan yg susah nak dapat.. ekceli, atie hampir tak wujud tau kat muka bumi ni coz mama pernah terjatuh dr moto kat tengah2 jalan raya coz tiba2 motor melompat.. if korang x pernah tgk motor melompat cne, korang blh bayangkan macam kerbau yg melompat2 yg dorg buat macam game tu... lebih kurang macam tu lah... but alhamdulillah atie sempat diselamatkan..

kesian mama sebab masa atie lahir atie and mama kena sakit kuning.. atie kena kejap je pastu dah blh blk kg but mama kena tahan kat wad sampai seminggu.. kesian mama.. atie duduk dengan tuk kejap kat kampung.. tuk dengan abah la jaga atie sementara tunggu mama sihat.. kesian gak kat atie sebab x leh dekat ngn mama dlm seminggu tu.. sayang mama sangat2..

mama dengan abah cakap perangai atie ni lain dari yg lain..  abah ckp masa atie dalam perut mama, abah ada marahkan sorang kawan abah ni and mama pulak ada marahkan kawan india tempat kerja mama dlu.. mb sebab tu perangai lain kot.. nasib baik x terkenan warna kulit india kawan mama tu, kalau x gelaplah atie ni.. huhu..

kecik2 dulu atie manja sangat dengan abah sebab malam2 mama x de... mama slalu balik lambat sebab kerja.. abah cakap kalau nak tidurkan atie, abah kena dukung and tepuk2 sampai atie tertidur.. abah pun sampai terpaksa tidur berdiri.. atie sayang abah sangat2.. kesian abah kena tidur berdiri... sebab tu la atie lebih rapat dengan abah berbanding adik2 yg lain.. sampaikan boleh plak selesih kat lorong nk pergi dapur tu abah tempek tangan kat dahi atie.. hah kau, terkezut den.. kadang2 tu tengah duduk2, abah boleh plak tetibe pukul lengan atie.. adeh, pedih wooo.... hahaha, sayang abah sangat2..

entri ni ditaip dengan tanpa niat apa2.. tiba2 terasa rindu kat mama ngan abah.. huhu.. nak call parent la jap.. hehe.. daaaa..

kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

Sunday, July 3, 2011

buatmu

assalamualaikum


Adam.....


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.


Wahai Adamku....


Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...


Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.


Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam...


Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.


Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...


Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...


Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!


Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam,


Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?


Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...


Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam...


Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...


Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....


Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...


Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....


ikhlas dari Hawa
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

Saturday, July 2, 2011

=_=

assalamualaikum...

sebenarnya atie sendiri x tau nak taip ape.. x de idea langsung.. just tengok2 then baca blog org lain yg dah hapdet.. kesian tgk blog sendiri x terhapdet, so atie pn update la.. padahal mmg ZERO lgsg idea nak menaip ni...

for 3 days my dad x de kat rumah sbb outstation to terangganu.. so tinggal la atie, mama and adik2 kat rumah.. serius atie mmg x de idea lgsg nk update.. blurrr.. =_=

maaf jika entri ni agk mengong sbb tuan empunya blog ketandusan idea utk menaip.. insyaallah kalau ada idea, dlm 1 hr bnyk la entri2 yg atie bolh buat.. huhu.. daa..

kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...


Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku