Sunday, February 13, 2011

13.february.2011

tarikh ni buatkan atie ingat kenangan dulu. bermula dari tarikh ini, atie belajar untuk menyayangi dan disayangi. tarikh ini juga bermula segala cerita. atie mula menghargai seseorang, atie mula meruntuhkan tembok tinggi yang dulu amat tinggi antara atie dengan orang lain. tembok yang atie katakan tu ialah dulu atie agak susah untuk berkawa dengan orang yang kurang cerdik dari atie tapi bermula dari tarikh itu lah, atie mula belajar untuk berkawan dengan siapa saja tidak kiralah IQ mereka hanya seciput sahaja..

semua tu berkat tunjuk ajar dari seseorang yang dah merubah atie. atie amat berterima kasih pada orang tu sebab ajar atie semua ni. alhamdulillah, sehingga sekarang, dia tidak serik untuk mengajar atau menasihati atie dalam apa jua keadaan. terima kasih sangat2. dari dulu sampai sekarang, atie takkan pernah lupa tarikh ni sebab bermula dari tarikh inilah, atie berubah menjadi orang yang lebih bertimbang rasa dan mungkin juga memahami.

tarikh ini juga membuatkan atie mula berjinak dalam aktiviti yang membawa kebaikan. atas dorongan dia juga. ohh, dia tidak sedari itu.. huhu.. alhamdulillah, bila atie sertai aktiviti itu, atie dapat bantu ramai pelajar yang menghadapi masalah. kalaulah dia tahu, itu semua sebab dia. alangkah gembiranya dia. tapi biarlah itu menjadi rahsia antara kita semua.

kalaulah dia ingat tarikh ni.. hurmmm.... my mood now, sedih.....

kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: