Sunday, February 6, 2011

from lady to gadis

Atie rasa macam dah bosan je dgn nama lady tu, so atie tukar to gadis atie.. blog still the same ek.. no exchange.. orangnya pun still sama.. agak2 para stalker dah jemu dan bosan dengan blog atie, amat2 lah dipersilakan untuk click pada punat x di bahagian atas sebelah kanan tu yer... x payah menyusahkan diri untuk komen2 or tinggalkan jejak.. huh !!

Kepada sesiapa yang still tak kenal atie lagi, meh sini atie kenalkan diri.. nama penuh atie Nurul Izzati Binti Muhamad Zakaria. Berumur 20 tahun. Lahir di Kedah pada 5 Julai 1991. Pernah menetap di Kuala Lumpur selama 11 tahun, tapi kini atie menetap di Banting Selangor kerana mengikut abah yang bekerja sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Setelah berpindah, atie sambung belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Langat. Bersekolah menengah di SMK Telok Datok. Menjawat jawatan sebagai pengganas pengawas di sekolah. Aktif bermain Bola Tampar dan menjadi ahli PRS stands for Pembimbing Rakan Sebaya.

Kini melanjutkan pelajaran di Kolej Lagenda Mantin Negeri Sembilan. Ambil course Software Engineering. Dah hampir 2 tahun atie belajar. Next year atie akan GRAD, insyaallah. atie nak cepat2 keluar dari kolej sebab nak merasa pengalaman berkerja mencari duit untuk menyara diri sendiri.

Hurm, atie seorang yang periang..*maybe la.. hipokrit bila tiba masa untuk menyembunyikan masalah dari orang lain. suka pendam masalah sehingga memudaratkan diri sendiri. atie ni jenis kalau pikir sangat masalah, serta merta akan kena migrain. bukan suka2 nak kena migrain tp bila dah terpikir tu, tak boleh berhenti dari memikirkannya..

inilah gadis atie.. seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan seperti manusia yang lain juga. manusia tak lari dari membuat kesilapan sayang. yang boleh atie lakukan cuma memohon kemaafan dariNya yang esa.. semoga Kau permudahkan hidupku dan berikan aku ketabahan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan di alam ciptaanMu ini Ya Allah...

kamar tulisku, coretan diriku, rentetan hidupku...

Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku