Thursday, November 4, 2010

petua2 berguna

disebabkan aku ni terlampau malas rajin, ingin aku menaip entri petua ni.. petua2 yang aku dapat ni ada yang aku tahu sendiri and ada yang aku baca dari website kesihatan.. so lihatlah petua2 aku ni



  • merawat sakit dada : kadang2 malam je ada orang sakit dada... aku pun macam tu kadang, and sesak nafas juga.. nak merawat dia ada cara.  tumbuk beberapa ulas halia sampai lumat dan perah air die.. amik 1 biji kuning telur ayam kampung dan campurkn air halia dan madu..  minum setiap pagi.. insyaalah sakit dada tu berkurang and mybe hilang trus.
  • bintik2 merah pada badan : even korang sendiri tak sedar bila bintik merah muncul kat badan korang.. dun worry, ada penyelesaiannye.. Ambil sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang..
  • sakit kepala : dah makan panadol baru la aku sibuk2 nak cari petua.. adei... petua dia ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.
  • batuk : petuanya ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh. agak2 makin teruk, pergi hospital.. tak pasal2 korang salahkan aku pulak nanti.. hee...
  • rambut selalu gugur : masalah ni lelaki and perempuan ada.. aku pun sama.. so sila tulis ye petua ni...ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
buat masa ni, tu je yang aku rajin nak taip.. pemalas jugak ek aku ni... heeee.. salam.. daaaa...




Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: