Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum.. dengan ini saya nurul izzati binti muhamad zakaria mengisytiharkan bahawa 17.11.2010 iaitu hari rabu merupakan hari raya aidiladha.. saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia..


ceh ceh ceh, berangan tengah buat pengunguman kat tv.. huhuhu... hai, atie nak ucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua umat islam di dunia ni, expecially yg sedang baca blog atie ni.. tahun ni, kawasan korang berapa banyak lembu, kambing or kerbau tumbang ?? kawasan atie 11 ekor.. banyak tu tp atie x de la nk pergi tengok dorang sembelih lembu.. kecik2 dulu boleh la coz x de perasaan lg masa tu.. tp sejak peristiwa atie ternampak sekor lembu ni menangis coz esoknya lembu tu akan disembelih, atie terus kesian kat lembu tu and menyebabkan tahun tu atie x dapat makan daging lembu.. atie tak ingat  la hukumnya apa tp mama ckp kalau kita kesian kat haiwan yg nak disembelih tu, kite x boleh makan dagingnya.. sejak dari tu atie x pernah dah tengok org sembelih lembu.. tapi tolong masak and makan ada la.. hehehehe...


mama ckp daging yg disembelih tu x bolh buang macam tu je coz takut anjing makan nnt.. so abah akan tanam tulang2 lembu tu supaya anjing or whatever haiwan yg makan daging ni x dpt cari tulang-temulang ni..* ehh, dah mcm kes arwah sosilawati plak cari tulang2 ni..


to my friends farah, syaza and aida, selamar menyambut hari raya korban.. korang beraya kat kg ke rumah ?? nanti agak2 kalau ada lg dagingnya bawak la blk kolej.. nnt kita bolh masak sama2... huhuhu.. to abg syg, selamat menyambut hari raya aidiladha.. esk ayg x dpt jumpa abg cz ayg nak pergi rumah sedara.. huhuhu...


disebabkan family kami and family beberapa kwn abah x blk kg raya haji ni, kami ada buat makan2 mlm td di sg. lang..  beraneka juadah ye ada kt sana.. kalau atie cakap ni, sure korang semua terliur.. kambing panggang, nasi iran,  rendang ayam pencen,kuah kacang, nasi himpit, sup cendawan, soto, lontong, sup tulang, bihun goreng, ABC, karipap, seri muka, kuih lapis, koktel buah, dadih, and macam2 lagi.. atie dah x ingat coz bnyk sangat.. see, semua sedap2 and berkat dari kerajinan isteri2, anak2 dan bapak2 jugak.. dapat la berkumpul dan memeriahkan suasana malam raya haji ni.. atie ni pun baru je sampai rumah.. penat pun x hilang lagi.. mata dah agak berat.. katil dah memanggil2... bantal pulak dah menari2 depan mata minta dipeluk...  heeee, atie dah merepek...


hah, tiba2 teringat.. tadi atie dapat 1 petua dari my abg.. petang tadi mata atie pedih coz kupas, potong and blender bawang.. so ngadu la kat abg, then dia cakap, kalau pedih mata basuh kaki.. atie ingat dia saja nak kenakan atie coz dia ni mmg suka buli atie.. ye la, apa kena mengena mata dengan kaki kan.. tapi lepas cuba, br atie percaya... mmg serta merta hilang trus pedih tu.. tak percaya try la buat... berkesan... mama atie pn terkejut jugak bila try buat.. atie gelakkan je mama.. huhuhu...


okay la, mata atie dah semakin berat ni.. kali ni, gambar x de la coz x bwk camera.. hanphone plak kat angah.. tu yg x take picture tu.. x pe la, lain kali la atie sajikan korang dengan gambar.. sebelum terlupa, esok yang anak dara or suri rumah masak apa di pagi raya.. atie dgn mama tak tahu lagi masak apa.. dalam perancangan nak masak spagheti coz semua yg nak dimakan untuk pagi raya esok, dah dapat kitorang makan malam tadi... inform2 la atie korang masak apa.. mne tau boleh pos kat atie ke, terutama  sgerrard yg berdekatan dgn rumah atie.. x nak bagi sikit ke juadah raya ??


okay lah semua.. daaa...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku