Monday, October 18, 2010

Mengapa aku hadir di kamar tulis ini





Aku tidak tahu mana datangmu, mana asalmu tapi kamu hadir di sini dan membaca secerita bodoh alangku, cerita terlukaku, cerita keluargaku tanpa malu aku suarakan, cerita bisu amat aku walau ada suara, cerita lukaku pada cinta, cerita setiaku pada rasa, cerita silapku pada hidup yang tinggal nama. Itu ceritaku.

Dalam sepuluh bulan ini, aku tiada langsung mahu mendabik pandai segala untuk membuka pekung di dada. Tiada langsung. Aku ini Nurul Izzati yang suram sentiasa, mahu juga ada sinar buat aku mula ketawa. Jadi aku berkisah dan terus bercerita.

Mahu jadi penglipulara, tapi suara pula hilang di hujung duka. Mahu duduk bertepuk tampar segala, tapi malu amat rasa menahan dalam jiwa. Jadi abaikan sekiranya ada coret aku dalam ini bunyinya seperti riak membangga, tiada niat hati aku ini hanyalah anak hujung dunia.

Putus cinta, bila ia jadi...luah aku hanyalah dikamar tulis ini. Bagaimana aku boleh menulis dan berpuisi, tiada langsung jawapan pada persoalan ini. Aku mahu duduk di sudut kamar tulis ini, memegang tangan kamu dan bersuara bahawa terima kasih kerana mendengar aku, suara yang tenggelam tapi didengar akan orang yang rindu padaku.

Pada sakit yang hadir bagai mentari pagi tanpa jemu dan tiada henti, syukur aku kerana sakit ini menginsafkan aku akan nasib insan lain yang nasibnya lebih buruk dariku. Marahkah aku pada takdir ini? Tidak, takdir jernih ini lebih muliakan hijrah aku yang bersendiri.


Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: