Wednesday, October 20, 2010

sejenak




walaupun atuk and nenek dah pergi meninggalkan aku kerana dah sampai seruan mereka, tapi aku dan keluarga tetap pulang ke kampung walaupun perasaannye tak sama macam dulu lagi.. aku cuba untuk tidak menangis bila pergi ke kubur opah and tok kerana orang cakap tak elok meratapi pemergian mereka.. tapi aku cuma seorang insan yang lemah.. aku dahagakan dan rindukan peluk, cium, sayang dari opah and tok.. opah ... tok... k.yong rindu kat opah dengan tok...  tok adalah nenek belah mama.. atuk belah mama, aku tak pernah jumpe.. even mama pun tak pernah jumpa coz atuk meninggal sebelum mama lahir... atuk belah abah pulak aku sempat jumpa tapi masa tu umur atuk dah 100++.. aku sendiri takut dengan atuk aku masa tu coz masa tu aku masih kecik.. kanak2 yang belum kenal apa erti kasih sayang dan belum tahu untuk menghargai seseorang.. 

kini aku bersyukur kerana aku masih ada ibu bapa yang sayang pada aku.. aku tahu, ada kanak2 di luar sana yang tidak bernasib baik kerana mereka telah kehilangan ibu bapa.. mereka anak yatim piatu.. cuba berfikir sejenak. kepada anak2 yang sentiasa melawan kata ibu bapa, selalu merungut tentang kehidupan mereka.. ingatlah, kamu masih bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa kerana ada orang yang lebih malang dari kamu.. mereka kehilangan ibu bapa.. hilang tempat bergantung.. mereka TERPAKSA belajar untuk berdikari .. ada juga yang merempat ditepi jalan meminta sedekah.. kamu semua perlu bersyukur dengan apa yang kamu ada.. jangan merungut sebaliknya bersyukur kepada-Nya..

aku sendiri mengaku kadang-kala aku merungut mengenai hidupku yang penuh dengan dugaan tanpa aku sedar bahawa ada orang yang lebih besar dugaannya daripada yang aku alami sekarang.. Ya Allah, ampunilah hambamu ini yang tidak bersyukur terhadap apa yang Kau berikan kepadaku..

Ya Allah, kau berikanlah ketabahan kepadaku, kepada hamba2Mu yang sedang menghadapi dugaan yang hebat dalam hidup mereka agar mereka tidak berputus asa.. 





Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: