Friday, October 22, 2010

perjalanan hidup



kita perlu berjuang untuk hidup rite.. perjuangan aku bermula apabila aku dilahirkan ke muka bumi ini.. 05 julai 1991 jam 11 malam.. kini aku telah berjuang selama 19 tahun 5 bulan 17 hari.. banyak yang dah aku lalui dan tempuhi untuk sampai ke tahap ini..


waktu kecilku tidaklah semewah mana.. abah dengan mama sampaikan sudah tebal muka dengan jiran tetangga dan tauke kedai runcit kerana kerap berhutang.. hidup di kota metropolitan amatlah sukar. gaji abah sebagai tentera berpangkat koperal tidak mencukupi untuk menanggu mama dan aku yang masih kecil. adikku yang masih didalam rahim mama belum diketahui nasibnya. walaupun mama sarat mengandung, mama tetap bekerja kerana tidak mahu aku dan bakal adikku serba kekurangan di kemudian hari. setelah mama memberikan 2 oarang adik kepadaku, kehidupan kami semakin stabil.


rumah yang kami duduki juga selesa. tuk turut datang menemani cucu kesayangannya di Kuala Lumpur. arwah tuk sanggup menaiki keretapi keseorangan dan datang tanpa memberitahu abah dan mama kerana tak mahu menyusahkan. kak yong sayang tok.. 


aku sudah mula bersekolah di tabika. dan aku seorang kanak-kanak yang petah berbicara. kadang-kala abah hanya mampu menggeleng bila aku berceloteh tanpa henti.. heeeee, sayang abah ketat2.. macam yang aku pernah katakan, walaupun aku masa kecil amat susah dijaga tapi apabila meningkat dewasa, aku amat pandai berdikari. aku pandai cari makan sendiri, pandai mandi sendiri, pandai cari duit, pandai buat kerja. semua tu kerana arwah tuk yang ajar. tuk cakap, anak perempuan, sulung pulak tu, kena pandai berdikari kerana bila dewasa, kitalah orang yang paling diharap.


biarlah orang nak cakap aku bangga or riak kerana pandai masak. mereka tak tahu, banyak dugaan yang aku lalui sehingga aku pandai berdikari sendiri. masa kecilku, aku hanya ada masa berapa jam sahaja untuk berborak, bermanja bersama abah dan mama. abah dan mama sibuk mencari wang untuk berikan kehidupan yang terbaik kepada aku dan adik2. aku teringat ketika aku berumur 7 tahun. hari tu adalah hari lahir aku. aku tunggu mama balik sampai aku tertidur. mama balik dari kerja pukul 11. mama pergi kedai kek untuk ambil kek yang dah mama tempah untuk sambut hari lahir aku, akhirnya mama sampai rumah pukul 2++. aku menangis bila mama balik kerana walaupun lambat, mama tetap pergi ke  kedai untuk ambil kek untuk anaknya. terima kasih mama.. kak yong sayang mama ketat2.. kak yong faham mama sibuk masa tu sebab bos mama dapat tender baru. mama terpaksa korbankan masa bersama anak2 demi kerja kerana mama nak hidup anak2 mama tak macam mama dulu.


tapi walaupun masa untuk aku dan adik2 bersama mama dan abah hanya seketika, abah dan mama tetap meluangkan hujung minggu mereka bersama anak2. abah cakap, abah tak nak anak2 abah tak dapat pergi mana2 macam abah dulu.. anak2 abah sepatutnya bersyukur. cuba tanya anak orang lain, ada mak bapak diorang bawa dorang pergi jalan2 macam ni. ye, aku memang bersyukur kerana aku berpeluang untuk menjelajah bumi Allah bersama keluarga yang aku sayangi.


semasa aku tinggal di Kuala Lumpur, abah selalu bawak aku dan adik2 pergi KLCC malam selepas ambil mama balik kerja. see, abah tetap akan bawa anak2 pergi makan angin walaupun hanya melihat. dulu abah buat 2 kerja dalam 1 masa. siang abah kerja tentera, petang hingga malam abah bawa teksi. abah selalu penat2. bila abah balik, akulah yang selalu tolong pijak belakang abah. kesian abah.. sayang abah ketat2 lagi.. heeeeee...


alhamdulillah, bila aku masuk sekolah rendah, pencapaian aku dalam pelajaran agak memberangsangkan. abah dan mama bangga dengan aku. aku amat2 meminati matematik. cikgu2 juga ramai yang kenali aku kerana aku seorang pelajar yang amat ringan tulang. bukan niat untuk membangga diri. tapi ini kehidupan aku. aku nak menceritakannya. masa tu, mama dah tukar kerja dan bekerja sebagai guru tabika. aku mula rapat sangat2 dengan mama. itu mama, ini mama. hahaha.. sayang mama ketat2 lagi..


sudah lama aku jalani hidup berdikari. mama dan abah selalu nasihatkan aku, biar orang buat kita, kita terima dengan redha sahaja. mama.. abah.. kakyong tahu mama dengan abah lagi banyak makan garam dari kakyong, tapi kan abah, kalau orang tu terlampau lamapu buat kita macam mana ??


hidup kami mula berubah apabila mama melahirkan shaharin. abah dinaikkan pangkat dan kami semua berpindah ke banting. suasana di banting amat janggal bagiku. disitu, cuma aku seorang budak darjah 5 yang bertudung litup. alhamdulillah, aku merubah semua kawan2ku disitu. mereka semua mula mengikut jejak langkahku, bertudung litup. bukan riak, cuma aku gembira kerana dengan kehadiranku, aku dapat mengubah mereka semua.kehidupan aku ketika sekolah rendah, amat menggembirakan.aku menikmatinya setiap detik..


untuk melangkah ke alam sekolah menengah amatlah mendebarkan aku kerana aku amat susah untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali. lagi2 abah menempatkan aku disekolah yang amat asing bagiku kerana tiada seorangpun kawan2 aku yang sekolah disitu. aku seperti rusa masuk kampung bila menjejakkan kaki disekolah itu tapi aku bersyukur kerana ada yang sudi untuk berkawan dengan aku. aku amat sayang kawan aku. pika, yana, aly, dayah, sepet, ain, khalida, mied, farahana, ryan, masturah, maziah, mira muhd, lina amalina, anis, mai, zie, erma, amie dan lain2 yang tidak disebut namanya.


disekolah menengah jugalah aku mengenal erti apa itu cinta monyet. memang aku bercintan cintun.. dan aku rasa aku seorang yang tidak bijak dalam menguruskan masa bercinta dan belajar. dan aku mula mengabaikan pelajaran. ouh, aku ingin memohon maaf kepadanya kerana meninggalkannya dahulu.. sungguh aku tak menyangka dia akan berubah sebegitu sekali. dengarlah wahai kamu, aku tak pernah lupakan kamu cuma aku perlu menumpukan perhatian kepada pelajaranku.


meniti hari sebagai seorang pelajar kolej amat2 tidak pernah aku bayangkan. aku melangkahkan kaki ke kolej dengan niat untuk belajar. oleh kerana aku tidak pernah mengalami detik2 sebegini, pada mula ku seperti culture shock.. aku mula keluar hingga lewat malam bersama rakan2 tetapi aku tetap menjaga diri aku. dan lagi sekali aku terjebak dalam soal percintaan yang amat rumit. ye, pada mula aku amat bahagia tapi apabila rasa saling tidak mempercayai timbul, perhubungan kami mula goyah. ouh,kami akhirnya berpisah, sungguh aku tidak dapat menerima tamparan itu sehingga aku mengabaikan pelajaran dan diri sendiri. aku menyeksa diri sendiri kerana mengalami kemurungan yang amat teruk.


aku seorang yang suka simpan masalah sendiri. aku tidak tahu untuk meluahkan kepada siapa. mungkin dengan menyeksa diriku sendiri aku dapat ringankan masalahku. fikirku masa itu. tindakan yang aku lakukan dulu amat2 aku kesali dan aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. aku telah merisaukan kawan2ku. ryan, azri, dedi, azma.. sorry sebab buat korang risau. terima kasih kepada din yang selalu bagi aku semangat.. terima kasih semua kawan2 ku..


aku teruskan hidup seperti yang berlaku sebelum itu hanyalah seperti luka ketika jatuh dan selepas diubati, sembuhlah ia sedangkan aku tahu, luka itu akan sentiasa menghantui diri ini. dan luka itu kerap kali berdarah kembali dengan sikap kamu, kamu dan kamu.. kamu itu bukan menunjukkan kepada seorang tetapi ramai orang. ye, setiap detik dalam hidup kita ini kita perlu berhati-hati agar tidak menyakiti hati orang lain. tetapi sedarkah kita bila kita sakiti hati seseorang. sebab itu aku tak menjatuhkan hukuman salah kepada seorang kamu, tetapi kepada semua kamu. aku sedar aku dah banyak sakiti hati orang lain. maafkan aku ketika aku masih sempat menatap wajah kamu, kamu dan kamu yang aku sayangi... maafkan aku.. 


banyak perkara yang pernah aku hadapi. kehilangan kawan tersayang.. kawan makan kawan.. orang yang disayangi pergi meninggalkan aku.. keperitan hidup yang aku hadapi sekarang tidaklah seperit mana. ada yang lebih perit dari ini dan aku amat menghormati mereka2 yang tabah hadapi keperitan itu... sedarlah wahai aku, keperitan itu merupakan asam garam hidup dan tabahlah hadapinya..


kini aku mula parah dengan sikap malasku. aku sering ponteng kelas. ohh, apa nak jadi dengan diriku ini. semester ni aku tak dapat ambil final sebab abah tak bagi ambil kerana marahkan pihak management kolej yang tidak senonoh. terima kasih kepada nisa, aida, din and amal kerana menasihati aku. ye, insyaallah lepas ini aku cuba untuk berubah. yang berlalu, biarlah berlalu, berikan aku peluang untuk berubah. doakan aku untuk berubah..


cukuplah coretan aku kali ini. aku penat bila memikirkan semua masalah yang aku hadapi. kalaulah masalah itu boleh bertukar menjadi buih2 yang comel dan berterbangan disekelilingku sambil menyanyi2 untuk menggembirakan ku.. kalaulah masalah itu boleh bertukar menjadi debu dan akan ku buangkan di laut agar semua masalah hilang. kalaulah masalah boleh bertukar menjadi wang, akan aku gunakan untuk memberi kesenangan kepada keluargaku.. kalaulah betul masalah boleh bertukar jadi wang, aku rela masalah menimpa aku dengan banyak sekali.. heeee.. ohh, merepek sudah aku ni.. sampai sini sahaja.. salam....






Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: