Friday, October 29, 2010

nighmare

assalamualaikum...  hari ni aku alami mimpi yang amat mengerikan... dalam Bahasa Inggerisnye NIGHTMARE...  aku mimpi teruk sangat2.. bangun tidur berpeluh2 aku sambil merengek2.. tak tahu la housemate aku dengar tak aku merengek.. menakutkan tu, mana tak merengek.. aku merengek coz nak elakkan dari menangis.. takut kot...


mula2 aku kena culik masa aku tengah tengok wayang dengan kawan2.. aku kena bawak pergi bilik bawah tanah.. diorang ikat tangan kaki aku then gantung  kat tengah2 bilik.. bayangkan betapa seksanya.. diorang tanya macam2 soalan yang aku tak boleh jawab... bila tak dapat jawab je, sepak terajang balasannya.. diorang bagi aku makan makanan yang dah basi.. then diorang cucuk aku dengan ubat ape ntah.. Ya Allah, seksanya tak payah cakap la...


tup2 aku tiba2 ada kat 1 syarikat yang gah.. syarikat tu tinggi sangat2 sampai mencecah awan.. bila tengok luar cermin aku boleh nampak ada 1 kapal angkasa and banyak UFO berterbangan untuk mengawasi kawasan sekeliling.. so aku nak lari pun tak boleh.. aku dipaksa menggodam sistem antarabangsa.. makhluk asing ni nak mejelajah bumi so diorangbertapak di bumi dan bertukar rupa sebagai manusia untuk merahsiakan identiti diorang..


entah macammana aku tiba2 jadi orang kuat dalam tu and aku bekerjasama dengan alien2 tu.. bukan aku saja okay, si dia pun ada disitu and also ryan, mied ans mas.. weh BFF aku ada bersamaku...  hurm, mb that why aku betah tinggal bersama2 alien ni kot... huhuhu... but at the same time rupanya alien ni hanya perlukan aku untuk sementara.. bila kerja aku dah selesai diorang akan lenyapkan aku. so aku dapat tahu and cuba untuk larikan diri bersama dia dan BFF aku..


cubaan kitorang dapat dikesan.. kami dikejar olah alien sampai ke penghujung dunia..* segitiga bermuda...  kami terjatuh dalam tu and aku sedar2 je aku keseorangan.. badan aku luka2 teruk ad aku tak dapat berjalan.. tiba2 datang sorang pari2 and dia heal kaki and badan2 aku.. so aku dapat berjalan seperti biasa.. aku dibawa ke 1 tempat yg indah dan di sana aku jumpa dia dan kawan2 aku.. alhamdulillah diorang selamat...


kami semua hidup bahagia kat dunia tu and uit2, aku ada family sendiri and beranak pinak.. anak2 aku comel2 and macam pari2.. ada sayap.. lebih kurang macam cupid la... heeeee.. happily ever after...


mimpi ni ngeri pada awalnye tp last2 agak happy.. heeee.. sbenanye ada lagi yg berlaku masa saat2 ngeri tu tp tak sanggup aku nak ceritakan...
Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

No comments: