perkara ni atie tak pernah lupa sampai sekarang.. if ingat balik adik cerita2 dengan mama mesti gelak tergolek2.. as budak2 la kan, petang2 kalau dah main, malam mesti penat kan.. buat kerja sekolah, dah siap tengok tv jap pastu tertidur.. satu malam ni atie dah balik dr tuisyen, dah habis buat kerja sekolah sambil mama teman and ajar pastu duduk depan tv tengok cerita best dengan mama.. abah belum balik kerja lagi.. so tunggu abah balik kerja sambil tengok tv la.. mama dah masuk bilik dulu sebab dah ngantuk and abah pun dah balik tapi sebab cerita best kan so atie still lg tengok tv.. last2 tv yang tengok atie.. punya la berkobar nak tengok sampai ending kn sekali hampehhh..
nak dijadikan cerita, mama kejut atie.. okay, reminder ya disini, esoknya sekolah so memang kena bangun bagi la sebab nak siap2 pergi sekolah.. lepas mama kejut, atie terus pergi bilik air then tidur kejap.. hahahaha, habit kot tidur kejap dalam bilik air.. sila jangan ikut perangai ni.. dah mandi semua, atie siap2 pakai baju.. pelik la jugak nape mama tak kejut adik2 mandi kan.. dalam hati dah best dah sebab hari ni takkan kena bebel dengan abah sebab lambat bangun mandi segala.. dah siap2 pakai tudung, bukak pintu nak pakai kasut tapi macam pelik je, asal gelap sangat ni.. dengan naifnya dalam hati monolog sendiri *nak hujan kot, sebab tu gelap... see, nampakkan kat situ yang atie ni seorang yang naif.. hahahaha *
tup tup mama jerit.. ehh pahal kan.. terkejut
serius pengalaman tu atie still ingat sampai sekarang.. dah pakai kasut tu, duduk depan pintu then tinggal nak panggil mama nak salam je.. tu la dalam hati dah pasang niat nak tinggalkan adik2 kan, malas nak jalan pergi bus stop dengan diorang.. pesanan kat sini sebelum nak pergi sekolah tu, jangan tanam niat tak baik kalau tak jadi macam atie la.. hahahahaha, nasib nasib...
p/s : agak2 ada lagi tak siapa2 yang tidur dalam bilik air sebab ngantuk..
No comments:
Post a Comment