Tuesday, November 15, 2011

'SEDU'

haiyaaa, sampai sekarang 'sedu' ni tak hilang2.. senak dada ni bila sedu banyak kali.. guys, tau tak kenapa sedu ni tiba jadi kat korang.. tak semena-mena tengah relax pastu tiba2 sedu.. haiyak, potong stim btol... ni sebab2 korang sedu tiba2 :


  • Makan dengan amat cepat, 
  • Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk, 
  • Terisak-isak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas, 
  • Makan makanan yang sangat panas, 
  • Meminum alkohol atau soda berlebihan, 
  • Batuk dengan teruk, 
  • Ketawa dengan teruk. 
see that.. so dah baca ni and dah tau, moh la kita sama2 elakkan ye.. tak pasal2 tgh gelak gumbira dgn kawan2 tiba2 tersedu.. elok2 kau gelakkan org lain, tak pasal2 lepas tu kena gelak.. dah malu sampai kalau boleh nak masuk bawah meja.. hahaha..


inilah gaya bila gelak2 pastu tersedu tiba2..

tips nak hilangkan sedu *dah tersedu2 macam ni baru laa rajin nak search petua kat internet, kalau tak HAMPEH..
  • tarik nafas dalam2 then telan air liur... minum air lepas tu.. kalau tak hilang try lagi skali then minum air lebih sikit.. tarik nafas tu biar sampai habis br la berkesan.. heee.. ini yg selalu atie buat la..
  • telan cuka 1 sudu.. cuka pn boleh hilangkan sedu sebab rasa masam tu boleh stopkn sedu..
  • madu.. amik 1 sudu madu dan kacau dengan sedikit air suam pastu apalagi, minum la.. takkan buang kot.. heee.. madu blh merangsang saraf vagus dan menyebabkan sedu berhenti
itu je lah.. malas pulak nak taip banyak2.. ^_^ okbai..

Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

2 comments:

RAWSHADE said...

rajin akak mencari maklumat macam ni eik.. yang saya selalu buat 1 tu je la.. tahan nafas lama2.. pastu hilang la.. hehe

atie zakaria said...

sebb dh kena tu yg cr tu.. haha..