Tuesday, November 15, 2011

Asal Usul HANTU

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu.

Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan

jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya
untuk pulang berhari raya.......kegemarannya
mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai - balai raya.


2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari
Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila
seorang suri rumah sedang memasang
langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati.
Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm
cak di tepi langsir.


3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan
perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya
sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin,
makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan
kawan menggelarnya Hantu Stokin.


4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari
Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang
kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu
hari seorang kawan menyergahnya dari belakang,
kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung',
jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam
almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam
Almari'.


5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India.
Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak
perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya
anak - Ponti punya anak Ponti
punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung
anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari
rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak...Lekatlah nama pontianak.


6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang
kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya
selain kain lakinya. Dah
terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain
orang orang kampung.Hebohlah satu
kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia
melihat sesuatu yang menarik seperti kurap,
panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai
semahunya.


7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama
sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka
sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila
dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong
orang. Pucong! Pucong!


8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu

Komputer,macam korang yang suka main Komputer
surf internat sampai 24jam hingga
tak ingat dunia.Disebabkan
suka main komputer hingga mati pun depan
komputer,..........komputer,komputer.akhir
sekali di sebutlah hantu KOM-KOM..shortcut dari
Komputer jadi ler
KOM..sahaja....

ini rekaan semata-mata.. atie sendiri pun tak ingat copy dari mana so tak dapat nak buat credit too sape.. korang mesti kategori yang ke-8 tu kan.. hahaha tapi takde lah sampai mati kan.. heee.. senyum sokmo..
okbai

Kamar Tulisku, Coretan Diriku, Rentetan Hidupku

5 comments:

Anonymous said...

haha . nice entry akak .
best . :)

RAWSHADE said...

hehehe.. kalo betul asal usul diorang mcm tu x de lah nak takut hantu lg pasni.. =)

DUNIA sesawangku said...

Hantu penanggal yang takboleh tahan tu..

i bukan hantu kom-kom okey..

Hahaha =)))

Polskahackrew said...

aku la hantu kom kom..huahuahua..

Blogger Blog Tutorial

atie zakaria said...

komen ni boleh dijadikn bukti yg Polskahackrew ialah HANTU KOM KOM.. ^_^

peyansastaro- mmg, hantu penanggal tu bahaya sikit..

rawshade- tak payah takut, seram je.. maunya datang yg btol2, lari tak cukup tanah jugak.. hahaha..

sunnuyfunny- thanks dik.. ^_^